THURSDAY, MAY 02, 2013
KANTOI! Pendedahan Anwar Bukti Pejabat PM SAH Terbabit!
Ketua umum KEADILAN, Anwar Ibrahim mendakwa Pejabat Perdana Menteri (PMO) terlibat dalam operasi untuk membawa masuk pengundi yang dicurigai dari Malaysia Timur ke Semenanjung.
Anwar mendakwa KEADILAN memperolehi bukti dokumen dan fotograf berhubung 16 penerbangan sewa khas yang membuat perjalanan setiap hari dari pelbagai lokasi di Malaysia Timur.
Beliau juga mendakwa, daftar penumpang yang didakwa diperolehi KEADILAN menunjukkan bahawa penumpang tersebut merupakan warga asing.
Anwar juga berkata parti tersebut memperolehi salinan komunikasi emel Sistem Penerbangan Malaysia yang didakwa mengaitkan PMO dengan penerbangan sewa khas tersebut.
Turut hadir dalam sidang media yang diadakan di ibu pejabat parti itu di Petaling Jaya, Selangor adalah naib presiden PAS, Husam Musa, Pesuruhjaya PAS negeri, Dr Abdul Rani Osman dan bekas speaker DUN negeri, Teng Chang Khim.
Menurut saksi yang berada di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA), rombongan pengundi hantu dikesan berada di Lorong L di tingkat 5 terminal utama (gambar atas) malah kakitangan MAS yang memberitahu berkata kesemua mereka memegang kad pengenalan MyKad baru dipercayai diperolehi dari ejen kroni Umno.
Pihaknya juga mendapat maklumat mengenai kenaikan mendadak kemasukan warga asing dari Thailand, Kemboja, Pakistan dan Myanmar melalui Bukit Kayu Hitam, Kedah dan juga dari Indonesia melalui Pelabuhan Klang.
Mengikut pengiraan pihaknya, sebanyak 16 penerbangan dibuat dari Sabah dan Sarawak ke Semenanjung Malaysia menggunakan jumbo jet iaitu sebanyak 40,500 penumpang tiba di KLIA setiap hari bermula 25 April hingga 1 Mei (semalam).
"Dokumen dari Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) ada penerbangan banyak sekali yang dimport khas termasuk jumbo jet 747 dari Kuching dan Kota Kinabalu ke KLIA.
"Kita dapat maklumat penerbangan ini diuruskan oleh PMO dan ada tandatangan menteri.
No comments:
Post a Comment