My Anthem

Monday, December 06, 2010

Dari bigdogdot.com.wordpress.com berita hangat datang!:)

Mantan MB Selangor didakwa hari ini

Maklumat yang diterima bahawa Mantan MB Selangor Dato Seri Mohd. Khir Toyo akan didakwa di Mahkamah Seksyen Shah Alam hari ini atas tuduhan rasuah. Beliau yang sebelum ini disiasat oleh SPRM kerana memiliki harta yang berlebihan dan bernilai tinggi (dipercayai termasuk sebuah rumah bernilai RM 24 Juta) dijangkakan akan didakwa bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan.

Istana Khir Toyo d Seksyen 7, Shah Alam

Difahamkan dakwaan ini melibatkan sebidang tanah bernilai RM 6.7 juta pada 2004 telah dijual kepada Khir dengan harga RM 3.2 Juta pada tahun 2007. Tanah itu berada dalam kejiranan mewah dan dipercayai penjelasan ‘susut nilai’ hartanah dianggap tidak memadai.

Dakwaan ini merupakan satu ‘tangkapan besar’ bagi usaha ‘memerangi rasuah’, yang dijadikan salah satu dari tiga teras janji PM Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Razak semasa mengambil alih sebagai Presiden UMNO pada 28 Mac 2009.

Beliau mengambil alih sebagai MB Selangor dari Tan Sri Dr Abu Hassan Omar pada 2000 dan bertugas sehingga BN kalah di Selangor pada PRU 8 Mac 2008. Antara kontroversi lain ialah beliau pernah mengaibkan Ketua Pegawai Penguatkuasa Tempatan dengan ‘Hadiah Penyapu’. Beliau kini adalah Ketua Pembangkang dalam Dewan Undangan Negeri Selangor.

*Updated 1100hrs

The Star sms alert:

“5/12 MACC arrests ex-Selangor MB Mohd Khir Toyo; he is to be charged with Ditamas Sdn Bhd director Shamsuddin Haryoni for alleged land fraud/STAR”

DESIDERATA:
Walaupun Sdr "Big Dog" ini adalah Blogger dari bench UMNO, say dari PKR,kami sebangku BUMmer (REF: bum4msia.wordpress.com) boleh duduk semeja minum tehtarik and makan roti canai dan mee rebus, tidak ada problem!:):): Yang mustahak kita boleh berdebat dengan mutual respect, iaitu WE AGREE TO BE AGREEABLE IN OUR DISAGREEMENT!:):)
DAN

"I may disagree with what you say but I will defend, to the death, your right to say it." ~~ VOLTAIRE

No comments: