My Anthem

Thursday, December 03, 2009

This is serious stuff...from RPK!

May the GOoD Lord watch over us ordinary Malaysians.
I
S
A:
men.

I am taking a
one-week break from Rumination until I see some blardy/bloody action from at least ONE AUTHORITY against Utusan Malaysia. NOTE THAT: The BOLDED and itialicised (thus) parts are all by Desi, not RPK< not Utusan Malaysia. -- DESIDERATA-ylchong

_________________________________________________

Utusan Malaysia has spoken: stand by for another May 13

NO HOLDS BARRED

Wednesday, 02 December 2009 Super Admin

Bayangkan apa akan berlaku jika orang Melayu bangkit dan bertindak memijak pula gambar atau poster pemimpin-pemimpin Cina di negara ini. Tidak mustahil peristiwa berdarah 13 Mei yang menjadi sejarah hitam negara akan berulang (Utusan Malaysia).


Raja Petra Kamarudin


This is the gist of what Utusan Malaysia wrote today:

The action of some DAP leaders of stepping on the photographs of the three Perak turncoats tantamount to Chinese stepping on Malays.

Two of the three PKR state assemblypersons are Malays -- so this means the Chinese stepped on Malay photographs.

Imagine if the Malays also step on the photographs of Chinese leaders. It would not be impossible for another ‘May 13’ to be triggered.


PAS and PKR are tools of the Chinese. DAP is very clever at using others, in particular Malays. DAP has been stepping on the Malays for far too long.

And so on and so forth. The full article can be read below. (You can also read 'Stepping on the DAP' by The Nut Graph here: http://www.thenutgraph.com/stepping-on-dap).

According to Utusan Malaysia, this is about Chinese versus Malays. This is about the Chinese insulting the Malays. This is about the Chinese stepping on the Malays. This is about the Chinese pushing the Malays too far. This is about if the Chinese continue testing the patience of the Malays do not be surprised if another race riot the likes of May 13 erupts.

That, basically, according to Utusan Malaysia, is what it is all about -- the Chinese spoiling for a fight which if they are not careful they will get.

But that is not what tickles me here. Do you know what tickles me? What tickles me is the Chinese telling me that Najib is saying all the right things and that Barisan Nasional will probably gain back its two-thirds majority in Parliament plus all the states it lost in the March 2008 general election.

What more can I say other than the Chinese deserve this and I hope Utusan Malaysia continues fanning the sentiments of the Malays with talk about another race riot a la May 13. Maybe this is the only thing that can knock some sense into the Chinese when a race riot really erupts and a couple of thousand of Chinese dead bodies are bulldozed into mass graves like once upon a time.

Sheesh! I really don’t want to talk more in case I begin to say something I might regret later.

*****************************************

DAP pamer sikap sebenar

Oleh SITI MARIAM MD. ZAIN

APAKAH yang dapat disimpulkan oleh kebanyakan kita apabila melihat sikap 'kurang ajar' pemimpin-pemimpin DAP yang sengaja memijak gambar atau poster tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak Bebas seperti yang berlaku pada konvensyen parti peringkat negeri yang diadakan di Ipoh, Ahad lalu?

Bagi yang faham tentang erti ketamadunan dan kesopanan, tentunya tidak akan sanggup melakukan apa yang telah dilakukan oleh pemimpin-pemimpin terbabit.

Memijak gambar atau poster tiga ADUN yang dahulunya merupakan sahabat mereka di dalam pakatan pembangkang tetapi kini memilih menjadi wakil rakyat bebas, memperlihatkan DAP bukanlah jenis rakan yang baik.

Tetapi inilah sikap pemimpin-pemimpin DAP. Tanpa wujud perasaan bersalah, mereka melakukan tindakan di luar kematangan seorang ahli politik.

Merestui gambar atau poster ketiga-tiga wakil rakyat terbabit diletakkan di ruang masuk dewan untuk dipijak, jelas menunjukkan tahap pemikiran mereka.

Mungkin benar, DAP tidak dapat menerima hakikat kehilangan kuasa apabila Perak yang pernah jatuh ke tangan pembangkang, diserahkan kembali kepada Barisan Nasional (BN) berikutan sokongan tiga wakil rakyat itu kepada BN.

Sokongan itu menyebabkan kedudukan pembangkang yang sebelum ini mempunyai 31 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan BN (28 kerusi) berubah sebaliknya.

Namun, ini bukan alasan untuk mereka bebas melakukan apa sahaja. Pemimpin yang mahu dihormati rakyat, mereka perlu terlebih dahulu tahu adap-adap menghormati orang lain, walaupun orang itu bukan daripada partinya sendiri.

Timbul juga persoalan, mengapa DAP sanggup menghina ADUN Jelapang, Hee Yit Foong, Jamaluddin Mohd. Radzi (Behrang) dan Kapten (B) Mohd. Osman Jailu (Changkat Jering) sebegitu rupa, sedangkan selama ini mereka mendakwa sebagai pejuang demokrasi yang menuntut keadilan bagi setiap rakyat?

"Nampak jelas yang paling terasa (kehilangan kuasa) bukan Pas tetapi DAP. Mereka kecewa dengan apa yang berlaku kerana mereka melihat kerajaan itu adalah kerajaan mereka (DAP) bukan kerajaan Pas atau kerajaan pakatan pembangkang.

"Sebab itu mereka paling beremosi," kata Profesor Politik dan Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia, Prof. Dr. Mohamed Mustafa Ishak.

Dalam sistem demokrasi, seseorang individu berhak menentukan arah perjuangan politik mereka selagi wujud kepercayaan mereka terhadap sesuatu parti itu dan melakukan sebaliknya jika kepercayaan tersebut hilang.

"Mereka sudah lama pijak kami, tiada demokrasi dalam budaya mereka. Sebab itu kami memilih keluar daripada pakatan pembangkang," ujar Jamaluddin.

Secara tersiratnya, sukar untuk meneka apa yang sedang dirancang oleh parti pimpinan Lim Kit Siang ini. Mereka tentu sedar melakukan perkara seumpama itu pasti akan mengundang kontroversi.

Di saat-saat pakatan pembangkang dilihat semakin hilang keyakinan rakyat terutama di kalangan orang Melayu, adakah 'drama' itu sengaja ditonjolkan untuk mengalihkan isu tertentu?

Atau mungkinkah juga ini adalah realiti DAP. Kerana kerakusan untuk memiliki kuasa, menjadikan mereka alpa untuk terus melakukan kesilapan?

"Saya percaya tindakan mereka (DAP) adalah untuk memastikan tiada ahli-ahli mereka terus melompat parti. Ini menunjukkan kemarahan amat sangat.

"Mereka sedar di Selangor dan Pulau Pinang, perkara ini (lompat parti) mungkin boleh berlaku menyebabkan mereka bimbang," ujar Mohamed Mustafa lagi.

Secara mudah, kata profesor politik ini, tindakan itu adalah satu perang psikologi DAP untuk menghantar mesej dan menakut-nakutkan ahli-ahli lain biar pun menyedari langkah yang diambil adalah kebudak-budakkan.

Jika ini adalah realiti DAP, bermakna rakyat terutama orang Melayu harus sedar akan kedudukan mereka kelak sekiranya membenarkan parti itu kembali berkuasa.

Tempoh 11 bulan pembangkang sebagai kerajaan negeri, sewajarnya menjadi pengajaran paling berharga kepada orang Melayu tentang erti kuasa.

Orang Melayu terutama di Perak tidak boleh mengharapkan Pas atau Parti Keadilan Rakyat (PKR) kerana kedua-dua parti ini adalah tunggangan DAP.

Menjawab persoalan ini, Mohamed Mustafa berkata, sesuatu yang pasti tentang DAP ialah mereka bijak 'bermain wayang'.

"DAP pandai menggunakan orang lain. Mereka menggunakan Nizar (Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin) dan penyokong Pas untuk mengganggu-gugat kerajaan baru (BN).

"Kalau dilihat, mengapa mereka terlalu marah sedangkan dua daripada ADUN yang keluar parti bukan pun DAP. Mengapa DAP yang marah, bukan Pas atau PKR?

"Ini adalah satu percaturan politik murahan dan merupakan pertunjukkan 'drama' kelas ketiga sekali gus mengiktiraf Nizar sebagai boneka," katanya.

Demi mencapai agenda politik peribadi, mereka sanggup bertindak tidak populis dan dalam masa sama, membelakangkan soal sahabat bagi memastikan perjuangan yang dirintis sejak kepimpinan terdahulu tercapai.

Sikap tidak dapat menerima hakikat, memperlihatkan parti yang mewakili kaum Cina itu sukar bekerjasama dengan parti-parti politik lain lebih-lebih lagi Pas terutama usaha ke arah membina sebuah kerajaan yang adil untuk rakyat.

Malangnya pemimpin Pas lebih rela menjadikan diri mereka sebagai 'pak sanggup' yang sanggup memikul setiap kesalahan yang dilakukan oleh DAP biar pun ada di kalangan orang Melayu sendiri mengharapkan Pas bertindak lebih berani apabila menyentuh soal maruah agama, bangsa dan tanah air.

Ketika Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berusaha keras menerapkan semangat dan gagasan 1Malaysia, DAP pula seolah-olah berusaha menjarakkan jurang perpaduan di antara kaum menerusi tindakan begitu.

ADUN Behrang, Jamaluddin dan ADUN Changkat Jering, Mohd. Osman adalah orang Melayu. Mereka 'dipijak' oleh orang Cina yang hadir pada konvensyen itu.

Bayangkan apa akan berlaku jika orang Melayu bangkit dan bertindak memijak pula gambar atau poster pemimpin-pemimpin Cina di negara ini. Tidak mustahil peristiwa berdarah 13 Mei yang menjadi sejarah hitam negara akan berulang.

No comments: