My Anthem

Wednesday, November 18, 2009

another CUT&PASTRY -- this time dime from a YB...

Throwing Pies at another YB, Minister Dr Ng Yen Yen. Once upon a dime she had one foot in Malaysia when appointed a Senator, and another foot Down Under. A common practice among top BN-MCA -- UMNO2? -- politicians who want the cake and eat it too!

From weechookeong.wordpress.com:


Jawapan YB Menteri Pelancongan mengenai dengan skandal yang terlibat dengan Venturepharm Asia Sdn Bhd dan Grace Chen Oyan Yun Shai.

November 13, 2009 by weechookeong

Pada 5hb November 2009, semasa perbahasan Bajet 2010, saya telah menyeru Menteri Pelancongan, YB Dato’ Ng Yen Yen untuk memberi jawapan kepada soalan-solan seperti berikut:

Venturepharm Asia Bhd dan Madam Chen Oyan Yun Shai bukanlah menipu MOSTI sahaja ia juga ada terlibat dengan Kementerian Pelancongan.

Saya menyeru Menteri Perlancongan untuk memberi penjelasan:

1. Memandangkan pembantu peribadi terdahulu Menteri, iaitu Madam Ivy See adalah seorang pengarah eksutif Daley PR, adakah ia mempunyai satu “conflict of interest” terhadap Menteri semasa memberi kontrak pengiklanan kepada Daley PR untuk kerja-kerja pengiklanan di China?
2. Apakah alasan-alasan tender pertama Malaysian Pavilion Project dibatalkan selepas Menteri mengambil jawatan sejak April 2009?
3. Apakah alasan-alasan sementara akhir bulan June 2009 Venturepharm telah dianugerahkan dengan kerja pembinaan Malaysian Pavilion di mana ia tidak mempunyai rekod dalam kerja pembinaan semasa Venturepharm telah didedahkan di Parlimen dengan terlibat dengan penipuan MOSTI untuk mendapatkan TechnoFund?
4. Adakah ia mempunyai apa-apa perbezaan (variation order) dengan jumlah RM10 to 20 million untuk Malaysian Pavilion project?


Soalan diatas tidak dijawab dengan sempurna oleh Menteri.
Padan 12-11-2009 semasa Menteri menjawab saya meminta beliau menjawab soalan diatas dan saya mengulang seklai latar belakang perkara ini. saya menegas bahawa Grace Chen Oyan Yun Shai, yang berasal dari Taiwan, adalah sahabat karib YB Mneteri Pelancongan. Beliau tidak menafikan perkara ini dan beliau mengatakan bahawa beliau ada ramai kawan.

Saya juga meminta YB Menteri memberi penjelasan kenapakah tender pertama untuk projek Malaysian Pavilion di Shanghai Expo 2010 telah ditutup dan Ventruepharm Asia Sdn Bhd tidak mengabil bahagain dan selepas beliau dilantik sebagai Menteri Pelancongan pada 9hb April 2009 beliau membatalkan tender tersebut dna membuka tender kedua dan Venturepharm Asai Sdn Bhd mengambil bahagian. Pada akhir bulan Jun 2009 Kementerian memberikan projek tersebut kepada Venturepharm Asia Sdn Bhd dengan harga tender RM19.99 9,999-00 ( harga resserve projek ini adalahRM20 juta).

Saya juga menegaskan bahawa pada 24hb Jun 2009 (Session Parlimen yang lepas) saya telah menminta penjelasan daripada YB Timbalan Mentri Science, Teknologi dan Inovasi mengenai denagan kes Venturepharm Asia Sdn Bhd dimana ia telah mengunakan sebuah syarikat palsu, XLW Inc USA, untuk mendapatkan dana TechnoFund untuk penyilidikan biofeed. YB Timbalan Menteri tersebut memaklumkan kepada Dewan Yang Mulia bahawa Kementerian telah “frozen” baki TechnoFund berjumlah lebih kurang RM2 juta dan seisatan telah dijalankan terhadapa Venturepharam Aisa Sdn Bhd. Memandangkan keadaan sedemikian, bagaimanakah Kementerian boleh memberikan projek tersebut kepada Venturepharm Asia Sdn Bhd dan Venturepharm Asia Sdn Bhd tiada rekod untuk membina satu tandas atau tangga rumah. YB Menteri tidak memberi apa-apa jawapan terhadap soalan ini.

YB Menteri memberi jaminan bahawa tiada ada “variation order’ terhadap projek Malaysian Pavilion di Shanghai Expo 2010.

Saya juga memaklumkan kepada Dewan Yang Mulia bahawa Grace Chen Oyan Yun Shai, shabat karib YB Menteri, adalah orang yang mengawal syarikat Daro Worldwide Sdn Bhd yang diawadkan dengan projeck Tourism Call Centre, Syarikat Daley PR communication Ltd di Guang Zhou (China) diawadkan dengan semua projek advertising di negeri China tanpa tender terbuka. Jawapan YB Menteri adalah awad yang diberikan menurut prosedur.

Saya juga menanya YB Menteri bagaimankah Fuji Property Management Co Ltd (Hong Kong) yang juga terlibat dengan Grace Chen Oyan Yun Shai diawadkan projek untuk mengurus semua harta/bangunan Kerajaan Malaysia di Hong Kong, kerjaan pengubahsuaian (rennovations) harta tersebut tanpa tender terbuka? YB Menteri tidak memberi apa-apa jawabpan terhadap soalan ini.

Saya juga menuduh YB Menteri terlibat dengan “conflict of interest” dengan projek-projek tersebut yang diawadkan kepada syarikat, Daro Worldwide Sdn Bdn – Tourism Call Center, Venturepharm Asaia Sdn Bhd – Malaysian Pavilion di Shanghai Expo 2010 dan Fuji Property management Co Ltd – mengurus harta dan bangunan Kerajaan Malaysia di Hong Kong? YB Menteri terus meminta bukti daripada saya dan saya terus membangunan memberi bukti tetapi YB Menteri enggan memberi jalan kepada saya untuk memberi bukti-bukti. Saya berdiri beberapa kali tetapi beliau enggan memberi jalan. Saya seterusnya mengatakan bahawa YB Menteri adalah bodoh. Tuan Speaker meminta saya menarik balik perkataan bodoh kerana unparliamentary. Saya menarik balik perkataan bodoh dan saya menegaskan bahawa YB Menteri “kurang cerdik” kerana meminta bukti-bukti tetapi tidak memberi jalan.

Saya juga cabar YB Menteri untuk mencabar saya untuk mengulang perkara diatas di luar Dewan Yang Mulia. YB Menteri tidak berani menerima cabaran tersebut.

nota:

Saya tidak mempuas hati dengan jawapan YB Menteri diatas dan saya akan membangkit semula perkara diatas semasa perbahasan Bajet 2010 peringkat Jawatan Kuasa minggu depan.


Possibly related posts: (automatically generated)

* Mengekalkan kejuaraan untuk tahun ini ..
* Blogger UMNo – Mampukan bersaing dengan kebenaran?
* BABI NAIK MINYAK

Posted in wee choo keong | Tagged Daley PR Communication Co Ltd, Daro Worldwide Sdn Bhd, Fuji Property management Co Ltd, Grace Chen Oyan Yun Shai, Kementerian pelancongan, Malaysia Pavillion, Menteri Pelancongan, ministry of tourism, Shanghai Expo 2010, Venturepharm Asia Sdn Bhd, YB Dato" Ng Yen Yen | 8 Comments
8 Responses

DESIDERATA:
I took the liberty of extracting just ONE of the comments -- pls surf' dare for others'!:( -- in English, which helps to understand the post in BM better. I have never done this before, extracting word-for-word comment from another Blog, but there's aweways a first time eh!:) I hope the Commenter would bear with Desi for this liberty taken!:) Come to Furong and I offer endless cuplets of tehtarik at Lingam's, maybe some Puerh leftover2!:):)


(xtract: on November 13, 2009:


"Of course, all of us in Ministry of Tourism knew for a fact that Grace Chen Oyan Yun Shai is a very close friend of Ng Yen Yen for donkey years since her days as deputy Minister of Tourism.

Grace Chen is a very powerful personality in Ministry of Tourism. The cancellation of the 1st tender after Ng Yen Yen was appointed Minister was to get Venturepharm to bid. We all knew that Venturepharm will definitely get the Malaysia Pavilion project in Shanghai Expo 2010.

YB was spot on on all the facts that he revealed in Parliament in connection with the Grace Chen Oyan Yun Shai and Minister of Tourism and all the projects have been awarded to companies connected to Grace Chen like: Daro Worldwide Sdn Bhd, Venturepharm, Daley Pr Communications Co Ltd, Fuji Property Management Co Ltd in Hong Kong.

No comments: