Seorang bekas polis komando berusia 38 tahun yang dibebaskan tahun lalu
atas tuduhan membunuh warga Mongolia Altantuya Shaariibuu pada 2006,
Azilah Hadri ditahan awal hari ini selepas ditangkap berkhalwat dengan
seorang polis wanita yang sudah berkahwin di Sepang.
Azilah yang sebelum ini bertugas di Skuad Tindakan Khas di Bukit Aman
ditangkap di sebuah unit kuarters polis di Sepang bersama seorang wanita
oleh suami wanita terbabit pada jam 1.20 pagi.Suami berkenaan, seorang anggota polis yang bertugas di unit kereta peronda, pulang ke rumah untuk memeriksa sama ada isterinya di rumah dan mengesyaki sesuatu tidak kena apabila mendapati pintu berkunci.
Selepas memeriksa dengan lebih lanjut, beliau mendapati bekas komando itu bersembunyi di sebelah katil dalam bilik tidur.
Ketua Polis Sepang, Superintendan Mohd Yusoff Awang mengesahkan tangkapan itu dan berkata, kes itu diserahkan kepada Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) untuk tindakan selanjutnya.
“Polis membuka fail tindakan disiplin terhadap polis wanita itu. Lelaki itu, bagaimanapun, tidak tertakluk kepada tindakan disiplin kerana bukan lagi anggota polis. Kes ini akan dikendalikan oleh Jais,” kata Yusof kepada The Malaysian Insider.
Pada Ogos tahun lalu, Mahkamah Rayuan membebaskan Azilah dan bekas corporal Sirul Azhar Umar selepas menterbalikkan sabitan terhadap mereka dalam kes bunuh Altantuya.
Azilah dan Sirul dituduh bersama dan disabitkan bersalah oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 2009 kerana membunuh Altantuya, 28, di hutan simpan di Shah Alam pada Oktober, 2006.
Kedua-duanya pada masa itu bertugas dengan Skuad Tindakan Khas Bukit Aman dan berada dalam pasukan keselamatan Datuk Seri Najib Razak. Najib pada ketika itu adalah timbalan perdana menteri dan menteri pertahanan. – 19 Jun, 2014.
DESIDERATA: Malaysians are living in "interesting times" indeed. And I believe the concept of "KARMA" and "What Goes Around Comes Around" somehow have some connections somewhere....
No comments:
Post a Comment